PENGENALAN

apa itu PAINTBALL?? 
 
Paintball telah diperkenalkan lebih dua dekad yang lalu di US sebagai Nasional 
Survival Games (NSG). Pada waktu itu, permainan paintball lebih cenderung
kepada simulasi peperangan dengan ciri-ciri ketenteraan seperti pakaian 
celoreng, taktik dan terminology tentera dan juga penggunaan 'paint marker' yang
mirip seperti senjata api. Paintball kini berubah wajah, dari hutan ke stadium, 
dari terminologi ketenteraan ke terminology kesukanan, dari celoreng ke
pertandingan sukan. Paintball kini dikenali sebagai SUKAN PAINTBALL. Sukan 
Paintball kini merupakan sukan 'outdoor' yang pesat berkembang serta mendapat
tarikan yang hebat daripada peminat sukan ekstrim, di mana pada masa ini, ia 
meraih tempat ketiga sukan ekstrim paling popular di Eropah dan Amerika Syarikat
dan kini dimainkan lebih 100 negara dengan pemain lebih dari 12 juta orang. 
 
Definisi Sukan Paintball

Paintball merupakan sukan berkumpulan di mana dua kumpulan akan bertanding di 
dalam satu perlawanan. Setiap kumpulan mempunyai bilangan ahli yang sama
iaitu seramai 5 peserta atau lebih (sehingga 100 peserta). Secara umumnya, 
kedua-dua kumpulan akan ditempatkan di kawasan bertentangan di dalam sebuah
kawasan terbuka, seperti padang bola. Semua peserta dilengkapi peralatan asas 
seperti 'Paint Marker' atau ' Paint Gun' dan peraltan keselamatan utama seperti
pelindung muka(face mask). Objektif permainan ialah penguasaan kawasan dn kubu 
lawan ditawan. Objektif juga dicapai melalui proses 'elimination' iaitu
menumpaskan atau mengeluarkan peserta dari kumpulan lawan dengan menembak 
'Paintball' ke anggota badan lawan menggunakan 'Paintgun'. Apabila terdapat 
kesan
warna akibat terkena tembakan Paintball di anggota badan, peserta tersebut 
terkeluar dari permainan.(Kesan warna hendaklah berukuran minima saiz duit 
syiling
50sen). Pada kebiasaannya, sesuatu perlawanan itu mangambil masa sepanjang 5 
hingga 20minit, bergantung kepada saiz padang dan modul permainan.

2 comments:

  1. 1kali tembakan yg de kesan colour tu dh kire terkeluar la..tht mean jgn smpai kena tmbkn lgsung la ep?
    then,,,1 team biase brp org?

    ReplyDelete
  2. Ye.. Betul tu... X bole kene tembak sesama sekali.. Klau kene di kira mati...

    1 team 5 org minima...

    ReplyDelete