Sunday 26 May 2013

PERANCANGAN AWAL TEAM QLULUQ EXTREME BERSAMA ANAK YATIM SEKITAR MARANG DAN KUALA TERENGGANU

sebelum bulan Ramadhan menjelang.. pihak Qluluq extreme akan mengadakan pertandingan amal Paintball untuk anak2 yatim sekitar Kuala Terengganu dan Marang..Pihak kami akan mengambil kira pelbagai aspek demi keselamatan dan utk ia berjalan lancar tanpa gangguan teknikal dan sebagainya.. kami juga mengalu2kan sumbangan orang ramai kepada anak2 yatim tersebut.. click disini

Saturday 25 May 2013

QLULUQ PAINTBALL TEAM BERADA DI TAMAN TAMADUN ISLAM

jom serbu booth qluluq extreme di taman tamadun Islam bermula 25/5/2013 sehingga 8/6/2013.. kami menyediakan peralatan paintball utk anda mencuba atau merasai permainan ini..dengan bayaran hanya Rm5.00 anda bole menembak papan target sebanyak 7 kali... anda juga boleh membeli tshirt paintball di booth kami.. tawaran ini hanya semperna cuti sekolah sahaja..

QLULUQ EXTREME PAINTBALL TEAM

tertubuhnya team ini kerana minat yang mendalam terhadap sukan paintball... Berkenalan dengan otai-otai paintball adalah memberi ruang baru kepada pemain-pemain yg berasal dari kelulut.. kami bekerjasama dengan mereka untuk memastikan team qluluq paintball menjadi lebih kuat serta disegani pihak lawan dr semasa ke semasa..

APA ITU PAINTBALL??

Paintball telah diperkenalkan lebih dua dekad yang lalu di US sebagai Nasional 
Survival Games (NSG). Pada waktu itu, permainan paintball lebih cenderung
kepada simulasi peperangan dengan ciri-ciri ketenteraan seperti pakaian 
celoreng, taktik dan terminology tentera dan juga penggunaan 'paint marker' yang
mirip seperti senjata api. Paintball kini berubah wajah, dari hutan ke stadium, 
dari terminologi ketenteraan ke terminology kesukanan, dari celoreng ke
pertandingan sukan. Paintball kini dikenali sebagai SUKAN PAINTBALL. Sukan 
Paintball kini merupakan sukan 'outdoor' yang pesat berkembang serta mendapat
tarikan yang hebat daripada peminat sukan ekstrim, di mana pada masa ini, ia 
meraih tempat ketiga sukan ekstrim paling popular di Eropah dan Amerika Syarikat
dan kini dimainkan lebih 100 negara dengan pemain lebih dari 12 juta orang.