Paintball telah diperkenalkan lebih dua dekad yang lalu di US sebagai Nasional Survival Games (NSG). Pada waktu itu, permainan paintball lebih cenderung kepada simulasi peperangan dengan ciri-ciri ketenteraan seperti pakaian celoreng, taktik dan terminology tentera dan juga penggunaan 'paint marker' yang mirip seperti senjata api. Paintball kini berubah wajah, dari hutan ke stadium, dari terminologi ketenteraan ke terminology kesukanan, dari celoreng ke pertandingan sukan. Paintball kini dikenali sebagai SUKAN PAINTBALL. Sukan Paintball kini merupakan sukan 'outdoor' yang pesat berkembang serta mendapat tarikan yang hebat daripada peminat sukan ekstrim, di mana pada masa ini, ia meraih tempat ketiga sukan ekstrim paling popular di Eropah dan Amerika Syarikat dan kini dimainkan lebih 100 negara dengan pemain lebih dari 12 juta orang.
Saturday, 25 May 2013
APA ITU PAINTBALL??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment